Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Akibat Pengurangan Pengeluaran Air Terawat Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Kekeruhan Air Mentah yang Tinggi Akibat Aliran Kepala Air

1:30 tengah hari

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini pemulihan bekalan air akibat pengurangan pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi susulan aliran kepala air awal hari ini.

Setakat jam 12:00 tengah hari, bekalan air telah disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan. Sehingga jam 1:00 tengah hari, status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat telah mencapai 39.8.0% bagi Kumpulan 1 dan 4.4% bagi Kumpulan 2. Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh disemak di Lampiran A bagi Kumpulan 1 dan Lampiran B bagi Kumpulan 2.

Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Anjur Bengkel Kesihatan Mental Bersama Rumah Kebajikan...
Media

  Kuala Lumpur – Bagi berkongsi kegembiraan sempena perayaan Deepavali, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di bawah inisiatif …

default
Air Selangor Perkukuh Komitmen Terhadap Kelestarian Bekalan Air, Du...
Media

  Disiarkan pada 29 Oktober 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penyedia perkhidmatan air …

default
Air Selangor Raikan Ulang Tahun Kelima dengan Hydrocade Roadshow P...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) meraikan ulang tahun kelima dengan menganjurkan Hydrocade Roadshow yang penuh …