Pelaksanaan Kerja-Kerja Pembaikan Paip Pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan berikutan insiden paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh sedang dilaksanakan, bermula jam 9.00 pagi, 1 Januari 2023 (Ahad).

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 83 kawasan di wilayah Gombak dan Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang mengalamai gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di Lampiran A.

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 10:00 malam, 1 Januari 2023 (Ahad). Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki air sedang digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Kenyataan Balas Laporan Mendapan Tanah oleh DBKL
Media

Kuala Lumpur – Merujuk kepada kenyataan media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan kejadian mendapan tanah di hadapan bangunan …

default
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tugas Sementara L...
Siaran

11:00 malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua …

default
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tu...
Media

7:00 malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan …