Drama Radio Hydro Squad – Kolaborasi Air Selangor Bersama Hot FM dan Monsta, Papar Cerita Rakyat Untuk Tingkat Kesedaran Kepentingan Menjaga Kelestarian Sumber Air dan Alam Sekitar

Kuala Lumpur – Drama Radio Hydro Squad, hasil kolaborasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bersama Hot FM – stesen radio nombor 1 Malaysia, dan Monsta, penerbit siri popular BoBoiBoy memaparkan cerita rakyat dengan mesej untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan menjaga kelestarian sumber air dan alam sekitar.

Menampilkan barisan penyampai radio Hot FM, antaranya, Fara Fauzana, AG dan Johan Raja Lawak serta watak hero animasi popular, BoBoiBoy, drama ini menceritakan tentang kisah kejiranan Taman Air Hangat yang dilanda banjir kilat yang serius sehingga membawa kesan buruk kepada kelestarian sumber air dan penempatan penduduk di kawasan tersebut.

Menerusi penerbitan Drama Radio Hydro Squad, Air Selangor ingin memberikan pendedahan serta menerapkan rasa tanggungjawab tentang penggunaan air yang lestari serta memupuk amalan menjaga alam sekitar dengan cara yang menghiburkan dan santai.

Elina Baseri, Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor berkata, “Kami berharap meseJ yang disampaikan menerusi Drama Radio Hydro Squad ini dapat meningkatkan lagi kesedaran lalu mendorong orang ramai untuk menggunakan air secara lestari dan menjaga alam sekitar yang boleh memberi kesan kepada sumber air. Bersama-sama Hot FM dan BoBoiBoy, kami inginkan semua pihak dapat berganding bahu untuk menjaga kelestarian air dan alam sekitar untuk kita dan generasi akan datang.”

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak pula berkongsi “Monsta amat berbangga untuk bersama-sama menjadi sebahagian daripada drama radio Hydro Squad ini bersama Air Selangor. Kami percaya inisiatif ini adalah satu langkah ke hadapan untuk menggalakkan sikap tanggungjawab sosial dan kesedaran mengenai isu air dan alam sekitar kepada generasi muda dan masyarakat umum.”

Drama radio Hydro Squad akan mula bersiaran pada 30 Oktober hingga 10 November, setiap Isnin hingga Jumaat di Bekpes Hot (bersiaran dari 6 pagi sehingga 10 pagi) dan juga di Hot Squad (bersiaran dari 3 petang sehingga 7 malam) di stesen radio nombor satu di Malaysia, HotFM. Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai Hydro Squad Air Selangor, sila layari https://hydrohub.airselangor.com/.

-TAMAT-

Related posts

default
Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Rantau Pa...
Media

12:00 tengah malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di …

default
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Lo...
Media

7:00 malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan …

default
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Akibat Henti Tugas Sementara Lo...
Media

1:00 tengah hari   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan …