Tarif 2024

Berikutan pengumuman pelaksanaan pelarasan tarif bekalan air yang diumumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 17 Januari 2024 serta pengumuman oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, Air Selangor mengambil maklum tindakan untuk melaksanakan kadar tarif air baharu yang telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2024.

Sebagai penyedia perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, pelarasan tarif bekalan air baharu ini membolehkan Air Selangor membuat pelaburan berterusan bagi membina daya tahan dan kelestarian air, sekaligus memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan para pengguna kami di masa hadapan.

Nak tahu bagaimana pelarasan tarif air baharu ini dapat digunakan untuk pelaburan berterusan bagi membina daya tahan dan kelestarian air?