Sesama Mara

Sesama Mara, yang turut bermaksud ‘Bersama-sama kita mara’, merupakan tema utama bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Air Selangor. Program ini merangkumi inisiatif akar umbi untuk berbakti kepada komuniti sekitar serta memperkukuhkan hubungan kami dengan komuniti setempat, persatuan penduduk, pihak berkuasa tempatan, dan pertubuhan bukan kerajaan.

Box Of Hope

Program Box of Hope telah dilancarkan pada 30 Jun 2020, dengan tujuan untuk membantu komuniti B40 di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya dengan keperluan makanan asas.

Air Selangor menyeru orang ramai untuk menderma barangan makanan ke dalam peti Box of Hope yang telah ditempatkan secara strategik di lima (5) cawangan Village Grocer di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Cyberjaya.

Sumbangan juga boleh dibuat melalui platform digital di laman web

Bantu Sekarang

Laungan Perayaan

Air Selangor melaksanakan pelbagai program untuk membawa keceriaan perayaan kepada komuniti yang kurang bernasib baik melalui platform sukarelawan warga kerja kami.

Program ini menyalurkan sumbangan ke rumah kebajikan semasa musim perayaan dan memberi keutamaan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, dan warga emas.

Air Selangor juga telah memperkenalkan Perkhidmatan Pembaikan Paip Dalaman bagi menyediakan sokongan penyelenggaraan dan pembaikan sistem paip ke rumah kebajikan di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya semasa sambutan perayaan.

Memperkasa Pembelajaran Digital

Inisiatif Memperkasakan Pembelajaran Digital bertujuan untuk menyediakan kursus pendidikan interaktif dan mampan melalui aplikasi Pandai Premium. Inisiatif ini membolehkan pelajar Tingkatan 5 daripada komuniti B40 untuk terus menerima pendidikan berkualiti.

Inisiatif ini yang menawarkan pelan langganan komprehensif membolehkan pelajar mengakses semua soalan latihan, ujian, nota, bantuan persendirian, pembelajaran dalam talian dalam semua mata pelajaran, dan contoh soalan peperiksaan, dapat memanfaatkan pelajar B40.

Hydro Heroes

Hydro Heroes telah dilancarkan pada Jun 2023 sejajar dengan komitmen Air Selangor untuk terus menyokong komuniti yang memerlukan dan untuk menggalakkan penyertaan wargakerja dalam aktiviti masyarakat.

Program sukarelawan Hydro Heroes menawarkan peluang kepada wargakerja Air Selangor untuk aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti komuniti sepanjang tahun.