Kelestarian

Air Selangor tekad dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menyediakan bekalan air yang bersih dan berkualiti tinggi kepada pengguna.

Air Selangor berusaha untuk memberikan tahap perkhidmatan tertinggi kepada pengguna dengan menyediakan bekalan air yang selamat, berterusan, mudah didapati serta berpatutan mengikut tahap kepuasan mereka menerusi penambahbaikan sistem pengedaran dan rawatan air, serta pengurangan air tidak terhasil (NRW).

Pada Mei 2019, kami telah memulakan perjalanan kelestarian kami dengan menubuhkan Bahagian Pembangunan Kelestarian di bawah Jabatan Pengurusan Risiko dengan objektif untuk mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam perniagaan kami. Kadar urbanisasi dan populasi yang semakin berkembang di Lembah Klang, serta pencemaran air dan perubahan iklim menunjukkan pentingnya untuk menjadi sebuah organisasii yang lestari.

Air Selangor menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) di dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 yang akan diadaptasi oleh Negara-Negara Anggota Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015. Air Selangor telah mengadaptasi lima (5) daripada 17 SDG, seperti yang tertera di bawah

 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pembangunan Kelestarian Air Selangor.
Emel: [email protected]
Alamat: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Jabatan Pengurusan Risiko, Tingkat 5, Tower D & E, Bangsar Trade Centre (Plaza Pantai), Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur.

Telefon: +603 - 2088 5449 (samb. 5996)
Faks: +603 - 2088 5400 (U/p: Bahagian Pembangunan Kelestarian)

 

Tadbir Urus Kelestarian

Seksyen Pembangunan Lestari di bawah Jabatan Pengurusan Risiko ditubuhkan dengan objektif untuk menggabungkan prinsip-prinsip kelestarian ke dalam operasi perniagaan Air Selangor. Selanjutnya, Jawatankuasa Kerja Keberlanjutan (SWC) dibentuk dan ditugaskan untuk membantu Seksyen Pembangunan Kelestarian dalam memastikan pelaksanaan praktik kelestarian yang efektif, sebagai sebahagian daripada penilaian dan memutuskan keputusan utama strategik dan operasi.

Selanjutnya

Sosial

Kami bekerjasama rapat dengan komuniti setempat, persatuan kawasan kediaman, pihak berkuasa tempatan, wakil politik dan ADUN setempat bagi mendorong jalinan yang bermakna dan membina hubungan yang erat dengan pihak berkepentingan ini, yang juga pelanggan kami. Kami berusaha untuk memberikan pengalaman perkhidmatan terbaik kepada semua pihak berkepentingan kami; semua pelanggan dan komuniti bersama.

Warga Kerja Pelanggan

Alam Sekitar

Sebanyak 34 Loji Rawatan Air (LRA) Air Selangor, 7 empangan, dan 2 sistem off-river storage (ORS) menghasilkan purata sekitar 4,900 juta liter air sehari kepada 8.3 juta penduduk dan pelbagai perniagaan di kawasan perkhidmatan kami. Permintaan purata air semasa diunjurkan untuk meningkat menjadi 7,800 MLD menjelang 2034 dan kami komited untuk memastikan bekalan air yang lestari kepada pelanggan kami.

Selanjutnya

Sukuk Kelestarian

Strategi kelestarian 3-tahun (2020 – 2022) kami bertema ‘Menghubungkan Titisan’ sejajar dengan Visi dan Misi Air Selangor, Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan program Pelaburan Modal 30 tahun kami. Untuk mencapai matlamat, kami melancarkan program Sukuk 30 Tahun yang ulung kali yang mana kami akan dapat menerbitkan program SRI Sukuk Kelestarian Air Selangor (“Sukuk Kelestarian”). Sehubungan dengan itu, Kerangka Sukuk Kelestarian Pembangunan Lestari Air Selangor (atau “Kerangka”) dibentuk untuk memastikan ketelusan, pendedahan, dan integriti dalam penerbitan Sukuk Kelestarian.

Selanjutnya

 

Beroperasi Dengan Integriti

Air Selangor sentiasa komited untuk memastikan semua urusan perniagaan dilakukan dengan penuh integriti, telus, adil dan patuh sepenuhnya terhadap undang-undang serta peraturan yang berkaitan. Reputasi kami untuk bertindak secara adil dibina berdasarkan nilai-nilai kami sebagai sebuah syarikat dan nilai-nilai warga kerja kami. Sejajar dengan komitmen ini, kami tidak akan  bertolak ansur dengan sebarang perbuatan rasuah dan korupsi serta akan memastikan pematuhan ketat terhadap syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selanjutnya

 

Pengurusan Risiko

Air Selangor memberi penekanan yang penting dalam mengurus jejak risiko di sepanjang rantaian nilainya. Sebarang risiko yang boleh mendatangkan ancaman kepada kejayaan objektif strategik, pelan perniagaan serta kewajipan pengawalseliaan dipantau secara berkala. Langkah dan pelan mitigasi merupakan usaha berterusan bagi memastikan risiko ini kekal pada parameter selamat sepanjang masa.

Selanjutnya

Water Handbook

Penggunaan dan Pemuliharaan yang Lestari untuk Individu dan Organisasi

LESTARI. PELIHARA. PULIHARA.

Buku panduan ini adalah hasil kerjasama antara Air Selangor dan Universiti Malaya untuk memupuk penggunaan air yang lestari. Buku Water Handbook diterbitkan untuk memupuk usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air dan bekalan air terawat di kalangan rakyat Malaysia. Melalui ruangan ikrar “Bertindak Sekarang, Ini Air Kita” di sini, anda boleh mendaftar dan memuat turun “Water Handbook“.

Selanjutnya

Kita Jaga Air Challenge

“Kita Jaga Air Challenge” (“Peraduan”) dianjurkan bersama oleh Universiti Malaya dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Penganjur”) yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk pelaksanaan dan pengurusan Peraduan. Peraduan ini bertujuan untuk memberi insentif kepada pengguna dalam menetapkan matlamat konservasi air jangka panjang dengan mengurangkan penggunaan air harian mereka dan menerapkan penjagaan sungai berasaskan tempat.

Selanjutnya