STATUS TERKINI PEMULIHAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL EKORAN PAIP PECAH DI JALAN KUARI, KUALA LUMPUR

10 JUN 2021, 1.00 TENGAH HARI

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa status terkini pemulihan bekalan air di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah di Jalan Kuari, Kuala Lumpur pada 9 Jun 2021.

Sehingga jam 12:00 tengah hari, pemulihan bekalan air di 13 kawasan yang terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah mencapai tahap 70%.

Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna. Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke 13 kawasan yang terjejas dijangka pada jam 8.00 malam, 10 Jun 2021.

Bantuan bekalan air melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang masih terjejas. Air Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram, Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …