Status Terkini Pemulihan Bekalan Air di Wilayah Sepang dan Kuala Langat

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 145 kawasan terjejas di Wilayah Sepang dan 11 kawasan terjejas di Wilayah Kuala Langat berikutan insiden paip pecah yang telah berlaku berhampiran Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kg. Chinchang, Salak Tinggi, Sepang. Sehingga jam 7:00 malam hari ini, pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 55%. Pecahan peratusan pemulihan bekalan air mengikut wilayah adalah seperti berikut:

No Wilayah Peratusan Pemulihan (%)
1 Sepang 69
2 Kuala Langat 40

 

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Senarai kawasan yang telah pulih seperti di Lampiran A.

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

 

LAMPIRAN A

1. TMN. KRISTAL, DENGKIL
2. TMN. MESRA, DENGKIL
3. TMN. NS MANIAM, DENGKIL
4. PUSAT PERDAGANGAN DULUXE, DENGKIL
5. TMN. MUTIARA, DENGKIL
6. TMN AMETIS, DENGKIL
7. TMN. AMAN, DENGKIL
8. DENGKIL CENTRE POINT
9. KG. BARU DENGKIL
10. TMN BAIDURI, DENGKIL
11. BALAI POLIS DENGKIL
12. TAMAN MUTIARA ,
13. TAMAN DESA DENGKIL
14. TMN. PUTRA, DENGKIL
15. TMN. DENGKIL JAYA
16. MEDAN SELERA TMN. DENGKIL JAYA
17. KG. DATO AHMAD RAZALI
18. KG. ORG. ASLI BUKIT DAMAR
19. KG .DATO AMINUDDIN
20. JAB. KASTAM DENGKIL
21. TMN. BERLIAN, DENGKIL
22. SMK DENGKIL
23. SK DENGKIL
24. TMN. NILAM, DENGKIL
25. MEDAN SELERA DENGKIL
26. CYBER VALLEY
27. TMN TIMAH LANGAT, DENGKIL
28. KG. DATO AMINUDDIN
29. SJK(C) DENGKIL
30. UITM DENGKIL
31. SEKOLAH AGAMA DENGKIL
32. PEJABAT POS DENGKIL
33. TMN BUNDAR DENGKIL
34. KG .DENGKIL
35. TMN. DENGKIL
36. KG.CEMPERAI,DENGKIL
37. KG ORG ASLI BUKIT TAMPOI

 

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …