Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Di Wilayah Hulu Langat dan Berikutan Henti Tugas LRA Cheras Batu 11 Disebabkan Oleh Insiden Banjir

7:00 pagi

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air bagi 28 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang terjejas berikutan henti tugas Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 (LRA Cheras Batu 11) disebabkan peningkatan paras air serta penutupan bekalan elektrik kecemasan pada 19 Disember 2021.

Untuk makluman para pengguna, masalah teknikal yang dihadapi pihak Air Selangor di loji telah dapat diselesaikan, dan LRA Cheras Batu 11 telah mula beroperasi. Pihak Air Selangor kini sedang berusaha sebaik mungkin untuk memastikan loji dapat beroperasi pada kapasiti optimum, dan bekalan air bersih dapat dibekalkan semula kepada para pengguna di kawasan yang terjejas secara berperingkat-peringkat sehingga pemulihan penuh dicapai.

Setakat jam 6:00 pagi hari ini, sebanyak 21 kawasan daripada 28 kawasan yang terjejas di Hulu Langat telah pulih sepenuhnya. Kawasan-kawasan terjejas yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki. Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemat bagi memastikan kawasan-kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air mengikut jadual.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

-TAMAT-

Lampiran A

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …