Status Terkini Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi Berikutan Insiden Pencemaran Bau Di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir

8:00 malam

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) berikutan insiden pencemaran yang telah dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Untuk makluman para pengguna, LRA Sg Semenyih sudah mula beroperasi pada jam 3:30 petang hari ini dan proses rawatan air sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan air bersih dan terawat dapat dibekalkan kepada para pengguna. Dalam pada itu, bagi kawasan-kawasan terjejas yang menerima bekalan air dari LRA Bukit Tampoi, pihak Air Selangor akan mengaktifkan sumber bekalan air alternatif dari LRA Sg Semenyih bagi kegunaan para pengguna.

Bekalan air bersih dijangka akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna bermula jam 9:00 malam, 3 Mei 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 pagi, 4 Mei 2022.

Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

Bantuan alternatif melalui lori tangki masih lagi digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal. Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Semarakkan Sambutan Bulan Ramadan Menerusi Inisiatif C...
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Sesama Mara telah menjalankan pelbagai …

default
Air Selangor Kongsi Pencapaian 2023, Akan Mempergiat Usaha dan Inis...
Media

Disiarkan pada 22 Februari 2024   Kuala Lumpur – Bagi merealisasikan visi 2030 untuk menjadi penyedia perkhidmatan air terkemuka di …

default
Air Selangor Ceriakan Warga Emas dan Kanak-Kanak Sempena Sambutan T...
Media

Disiarkan pada 9 Februari 2024   Kuala Lumpur – Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut Sabtu ini, Pengurusan …