STATUS TERKINI: HENTI TUGAS LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SELANGOR FASA 1, 2, 3 DAN RANTAU PANJANG BERIKUTAN PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH

19 Oktober 2020, 3:00 petang

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2, 3 dan LRA Rantau Panjang masih belum beroperasi ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Selangor.

Sehingga jam 2:00 petang, tahap pencemaran bau di Sungai Selangor berada pada tahap 0 TON, dan bacaan masih tidak  konsisten pada tahap 0 TON apabila diuji sebanyak 3 kali berturut-turut. Berikutan itu, loji belum boleh beroperasi buat masa ini.

Henti tugas ini menyebabkan Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 2,700 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada para pengguna di 1,292 kawasan. Air Selangor akan mengumumkan jadual pemulihan apabila loji sudah mula beroperasi.

Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 91 lori tangki air ke premis-premis kritikal serta kawasan perumahan yang terjejas. Sebanyak 34 tangki statik, 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan 21 pili awam juga disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terjejas. Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti di Lampiran A.

Air Selangor menyarankan kepada pengguna-pengguna untuk mengambil bekalan air bersih di pili-pili awam kerana bantuan melalui lori-lori tangki air diutamakan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat yang telah disediakan. Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan Pelaksanaan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki dan pili-pili awam yang disediakan.

Air Selangor akan mengemaskini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air.           

                                                                                                                 

 

-TAMAT-

LAMPIRAN 1

 

LOKASI PUSAT KHIDMAT SETEMPAT (PKS)

WILAYAH

LOKASI

KOORDINAT

PETALING

PKS KOTA DAMANSARA (Dewan MBPJ, Jalan Nuri   Seksyen 

3.1694868, 101.5755354

PKS SG BULOH – (Jalan Kubu Gajah, Tmn Seri Buloh U19/1A)

3.203082, 101.542886

PKS TAMAN BUKIT KUCHAI (Jalan 23, Tmn Bkt Kuchai)

3.0564852, 101.6377362

PKS PJS (Jalan PJS 1/25, Berdekatan Gelangan Futsal

3.0781789, 101.6464359

SS13 Kompleks 3K, 

3.068402, 101.593201

KLANG

Masjid As Saadah, Lingkaran Sultan Abd Samad 2, Bdr Sultan Sulaiman

3.026308,101.375898

Tmn Rekreasi Bdr Parkland, Jln Delima 8, Bdr Parkland

2.967889,101.456443

Taman Rakyat, Jln Tun Dr Ismail, Tmn Sri Andalas

3.020522,101.450333

Dewan MBSA Seksyen 27, Jalan Sg Gapis 27/711

3.0174657,101.5645326

Pusat Khidmat Ahli Majlis, Jln Durian 4/1, Seksyen 4, Shah Alam

3.078634, 101.515975

Masjid Umuriah, Jln Kebun Baru, Kg  Perepat, Kapar

2.923443,101.305863

GOMBAK

Persiaran Kenanga, Bandar Sri Damansara

3.187339,101.611097

Jalan 23/56, AU3 Keramat

3.181832,101.749895

AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai

3.141380,101.779505

KUALA LUMPUR

Parkir Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Tuanku Abdul Halim, KL

3.171411, 101.671067

Sebelah Padang Bola HKL, Lorong Raja Muda Abd Aziz, KL

3.172222, 101.706056

KUALA SELANGOR

Stadium Kuala Selangor

3.242342,101.432923

KUALA LANGAT

HULU SELANGOR

 

 

 

 

 

 

LOKASI PILI AWAM

WILAYAH

PILI AWAM

LOKASI

KOORDINAT

PETALING

1. Persiaran Taman Wawasan, Taman Wawasan

3.033111, 101.619235

2. Jalan USJ 2/2G

3.059312, 101.590855

3. Berdekatan Depoh MPSJ Jalan TP2 Tmn Perindustrian Subang UEP Subang Jaya

3.043840 , 101.566718

4. Di Tepi Jalan USJ 1/3 Persiaran Subang Mewah Subang Jaya

3.053193 , 101.604863

5. Jalan Indah 2/2, Puchong Indah

3.011570, 101.604720

GOMBAK

1. Lembah Jaya Selatan

3.139853,101.783995

2. AU3, Keramat

3.179890,101.753372

3. Jln 10, Tmn Greenwood (berhampiran shell)

3.235000,101.703527

4. Jln Seri Wangsa 2, Villa Wangsamas

3.192888, 101.738059

5. Sek.Men.Keb.Sg Pusu Tmn Mutiara Gombak

3.237601,101.717761

6. Jln Mutiara 6, Tmn Selayang Mutiara

3.256375,101.662488

KLANG

1. Persiaran Setia Murni

 3.1066463, 101.4519469

2. Jalan Kenangan, Pekan Meru

3.136033, 101.442285

KUALA LUMPUR

1. Kuaters JKR Sg Besi

3.103895 , 101.701749

2. Padang Merbok

3.153137 , 101.686275

3. Berhampiran Sri Perdana Jln Damansara

3.1742323, 101.6792684

4. IKIM

3.176210, 101.678507

KUALA LANGAT

1. Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian, Teluk Panglima Garang

2.920669,101.473844

KUALA SELANGOR

1. Stesen Bas Tg Karang

3.4244300,101.1730130

HULU SELANGOR

1. Jalan Utama depan Ambank Kg Lee Kim Sai

3.3141034,101.5787452

2. Ruang parkir Pej. Penghulu Tmn Jati Rawang

3.3057916,101.5847891

 

 

Related posts

default
Air Selangor Celebrates Ramadan through its CSR Initiative Sesama Mara
Media

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, has …

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …