Status Terkini Gangguan Bekalan Air akibat Henti Tugas Sementara Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) Berikutan Insiden Pencemaran Bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah

7:30 pagi

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan air akibat henti tugas sementara Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) berikutan insiden pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah.

 

Keempat-empat LRA telah beroperasi sepenuhnya dan bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna. Sehingga jam 6:00 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9%.

 

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 40% pada jam 8:00 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 8:00 malam, 25 Julai 2024 (Khamis). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8:00 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat). Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di Lampiran A.

 

Untuk makluman, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

 

Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai di Lampiran B.

 

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

– TAMAT –

Related posts

default
Kenyataan Balas Laporan Mendapan Tanah oleh DBKL
Media

Kuala Lumpur – Merujuk kepada kenyataan media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan kejadian mendapan tanah di hadapan bangunan …

default
Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tugas Sementara L...
Siaran

11:00 malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kesemua …

default
Status Terkini Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Akibat Henti Tu...
Media

7:00 malam   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berkenaan status terkini gangguan bekalan …