Status Pemulihan Bekalan Air Berikutan Kerja-Kerja Penyenggaraan dan Penggantian Aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1)

7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air kawasan yang terjejas di wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

 

Sehingga jam 6:00 petang, peratusan pemulihan bekalan air bagi keseluruhan kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 57.5%. Jadual pecahan jangkaan masa dan peratusan pemulihan bekalan air mengikut kumpulan adalah seperti berikut:

 

Kumpulan Peratus Pemulihan
Kumpulan 1 100%
(Pulih Sepenuhnya)
Kumpulan 2 51.8%
(Pemulihan Penuh Dijangka pada 3:00 pagi, 7 Jun 2024, Jumaat)
Kumpulan 3 13.2%
(Pemulihan Penuh Dijangka pada 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024, Jumaat)

 

Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti di Lampiran A.

 

Bagi Kumpulan 1, bekalan air di kawasan yang terjejas telah pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 6 Jun 2024 (Khamis). Seterusnya bagi Kumpulan 2, pemulihan penuh dijangka pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat), manakala bagi Kumpulan 3, pemulihan penuh dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat).

 

Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

 

Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian. Bantuan bekalan air alternatif menerusi 11 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai di Lampiran B

 

Air Selangor ingin menyarankan para pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

 

Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/. Para pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Rangkul Syarikat Terbaik Anugerah Kelestarian dan Tang...
Siaran

19 Julai 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik dalam …

default
Air Selangor Lantik Adam Saffian Ghazali sebagai Ketua Pegawai Ekse...
Siaran

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengumumkan pelantikan Adam Saffian Ghazali selaku Ketua Pegawai …

default
Air Selangor Terbit Laporan Kelestarian Buat Tahun Keempat, Kekal P...
Media

27 Jun 2024   Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), penyedia perkhidmatan air terbesar Malaysia menerbitkan …