STATUS TERKINI: PERATUSAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, SEPANG, HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT MENCAPAI 56.9%

SIARAN MEDIA

24 Disember 2019, 1:00 Tengah Hari

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan status terkini peratus pemulihan bekalan air mengikut wilayah selepas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih beroperasi semula sejak jam 1.00 petang semalam.

 

Bagi memastikan air yang dibekalkan mematuhi piawaian KKM serta bebas dari bau bahan pelarut, Air Selangor terpaksa menjalankan aktiviti "flushing" untuk menyingkirkan sisa bau yang telah memasuki paip air mentah sejurus sebelum LRA dihentitugas pada hari Sabtu lepas. Kesannya, proses rawatan air tertangguh selama hampir 12 jam selepas dioperasikan semula dan bekalan air terawat mula disalurkan pada jam 1.00 pagi tadi. Jabatan Kualiti Air, Air Selangor telah melakukan pemantauan dan ujian kualiti air secara berkala di LRA dan di  Kolam Imbangan, turut dipantau oleh wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (“SPAN”).

 

Sehingga jam 12.00 tengah hari, peratus pemulihan akaun pengguna mengikut wilayah  adalah seperti berikut;

 

Wilayah

Peratus Pemulihan Mengikut Akaun Pengguna (%)

Petaling

54.2%

Sepang dan Putrajaya

60.1%

Hulu Langat

87.7%

Kuala Langat

0%

 

Pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berlaku secara berperingkat bergantung kepada kedudukan geografi dan altitud premis pelanggan. Kawasan yang berhampiran dengan sistem agihan dijangka menerima bekalan lebih awal dan begitu juga sebaliknya.

 

Bantuan ke kawasan terjejas masih dipergiat. Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 72 buah lori tangki air, 21 buah lori tangki jumbo dan mengaktifkan 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) yang beroperasi 24 jam, menambah 46 buah tangki statik serta 17 lokasi pili awam manakala edaran air botol 5 liter sebanyak 14,616 botol kepada pengguna terutamanya yang berada di kediaman bertingkat juga dilaksanakan.  

 

Dalam perkembangan lain, LRA Bukit Tampoi juga telah mula beroperasi semula pada jam 9.00 pagi tadi dan kerja-kerja pengepaman dan penstabilan sistem agihan sedang giat dijalankan.

 

Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna. Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com. Pihak Air Selangor sentiasa mengemaskini maklumat dari masa ke semasa untuk kemudahan pengguna.

 

 

Lampiran: Senarai Kawasan Yang Telah Menerima Bekalan Air

 

HULU LANGAT

Bandar Sri Putra

Seksyen 2 Bandar Baru Bangi

Kampung Baru Cina Semenyih

Bandar Bukit Mahkota

Seksyen 3 Bandar Baru Bangi

Taman Semenyih

Bangi Avenue

Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi

PATI Semenyih

Bandar Puteri Bangi

Taman Seri Bangi

Rumah Murah PKNS Batu 1 Semenyih

Taman Bangi Indah

Bangi Golf Resort

Kampung Batu 2, 3 & 5 Jalan Bangi

Pekan Bangi Lama

Seksyen 6 Bandar Baru Bangi

Ladang Dunedin Batu 3 Jalan Bangi Lama

Kampung Bangi

Seksyen 8 Bandar Baru Bangi

Kawasan Industri Batu 1, 2 & 3 Jalan Bangi

Rumah Murah PKNS Bangi

Seksyen 9 Bandar Baru Bangi

Kampung Sungai Purun

Bangi Estate

Balai Polis & Bomba Bandar Baru Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Bangi Utama Shopping Complex & Kawasan Komersil Medan Bangi

Taman Semenyih Mewah Fasa 2

Kampung Aman Bangi

Seksyen 10 Bandar Baru Bangi

Semenyih Technology Park

Taman Bangi Permai

Perindustrian Selaman Bandar Baru Bangi

Taman Raja Tun Uda

Taman Sri Bangi

Perindustrian Bangi Seksyen 13

Taman Semenyih Jaya

Taman Angsana

Seksyen7 Bandar Baru Bangi

Taman Semenyih Indah

Kampung Bahagia

Taman Sri Melor

Taman Jaya Semenyih

Pusat Nuklear Negara

Taman Kajang Impian

Taman Bunga Raya

Genom

Taman Putra Kajang

Kampung Rinching Hulu

Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 2

Taman Kajang Mewah

Kampung Rinching Hilir

Universiti Kebangsaan Malaysia Lingkungan 1

Taman Sepatakt Indah

Kampung Rinching Tengah

Kampung Sungai Tangkas

Taman Semarak

Taman Semenyih Impiana

Pusat Latihan KWSP Sungai Tangkas

Taman Koperasi LLN

Taman Semenyih Permai

Perindustrian Jalan Reko

Taman Kajang Raya

Kampung Sungai Kembung Hulu

Taman Reko Mutiara

Taman Kajang Indah

Kampung Sungai Kembung Hilir

West Country

Taman Setia

Kampung Jalan Enam Kaki Beranang

Seksyen 5 Tambahan Bandar Baru Bangi

Pearl Avenue

Kampung Sungai Sematar Beranang

Seksyen 5 Bandar Baru Bangi

Taman Taming Emas

Kampung Sungai Machang Beranang

Kayu Manis Garden Villas

Taman Seri Emas

Pekan Beranang

Pangsapuri Bangi Idaman

Taman Berjaya

MARA Japan Industrial Institute

Taman Tenaga

Taman Berjaya Baru

Kolej Professional Mara Beranang

Hentian Kajang

Taman Pasir Emas

Semenyih Parkland

Nadayu 92

Taman Sri Kejora

Eco Majestic

Tropicana Hights

Taman Kajang Baru

Bandar Rinching Fasa 2 & 3

Apartment Kristal Villa

Taman Desa Bunga Raya

Bandar Rinching Fasa 4

Reko Sentral

Taman Sri Kota

Eco Hill

Taman Sri Langat

Taman Sri Saga

Taman Rinching Indah

Taman Mewah Indah

Taman Desa Kiambang

Blue Water Estate

Taman Bangi Kajang

Kampung Kuantong Baru

Heritage The Mines

Taman Sahabat Kajang

Taman Desa Kekwa

Mines Resort

Taman Reko Jaya

Taman Bidara

Bandar Tasek Kesuma

Taman seri Reko

Kampung Baru Cina Sungai Chua

Seksyen 4 Bandar Baru Bangi

Taman Hijau

Kampung Sungai Ramal Dalam

Taman Kajang Utama

Taman Desa Seroja

Taman Ramal Desa

Taman Dusun Jaya

Taman Desa Billion

Desa Surada

Taman Desa Kenanga

Taman Jelita

Taman Ramal Ros

Taman Bukit Semenyih

Taman Sungai Mas

Taman Bukit Kajang

Taman Bangi Jaya

Taman Desa Delima

Taman Bukit Kajang Baru

Taman Melur Semenyih

Taman Sri Mewah

Taman Bukit Permai

Kajang East

Kampung Teras Jernang

Taman Kajang Jaya Jalan Bukit

 

Seksyen 14 Bandar Baru Bangi

Taman Permai Semenyih

 

Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Taman Desa Anggerik

 

Seksyen 16 Bandar Baru Bangi

Taman Gembira Semenyih

 

Seksyen 1 Bandar Baru Bangi

Taman Seri Mawar Semenyih

 

 

PETALING

Kg Kenangan

Kg Tengah

Tmn Muhibbah

Kg Kuala Sg.Baru

NAHRIM

Tmn Sri Puchong

Kg Sri Aman

Pasar Borong Selangor

UPM Infoport

Kg Sri Langkas

Puchong Gateway

 

 

SEPANG DAN PUTRAJAYA

Keseluruhan Kg. Pulau Meranti

SMK Sri Sepang

Pusat Kejuruteraan Bomba Salak Tinggi

Desa Air Hitam

SRK BBST

STOR Giant

Kaw Industri Permai

Tmn Anggerik

Kg Org Asli Sg Melut

Tmn Kipark

Tmn Cempaka

Kg. Org. Asli Jambu

Keseluruhan Taman Putra Perdana

Tmn Selasih

Kg. Licincing

Taman Desiran Bayu

Stesen ERL Salak Tinggi

SIRIM

Taman Putra Impiana

IPI Ayamas

Kosmopleks

LKIM Pulau Meranti

Pusat Perdagangan Klia Avenue

Pejabat Agama

Science Park 2 (Pinggiran cyber, VEGA, Qcell)

Pusat Perniaga Gemilang Kota Warisan

Masjid Sultan Hishamuddin BBST

Kawasan Taman Perindustrian Putra puchong

Pusat Pertanian Labu Lanjut

Mahkamah Syariah

Depo Shell

Kg. Org. Asli Kelinsing

Mahkamah Sepang

MAEPS

Taman Salak Kasih (lama)

SM Agama BBST

IOI (mall, resort, marriot)

Tmn. Desa Restu

SR Agama BBST

Temple Mariamman West Country

Tmn. Intan Baiduri

Kediaman Nilai Kaseh

Kafe Beriani Gam

Tmn. Indah Putera

Pam Minyak PETRON

Sekolah Tamil West Country

Tmn. Indah KLIA

Apartment Ehsan Residence

Uinten College

Tmn. Desa Salak Pekerti

IKTBN Sepang

Kaw Perindustrian Meranti Jaya

Tmn. Indah Puteri

IPD Sepang

Perindustrian Puchong I-HUB

Tmn. Dataran Abadi Jalan 1

Rumah Orang Kaya Sepang

Kg Sg Buah

Tmn. Bunga Raya

Pej. JKR Sepang

Limau Manis

Kilang WRP Asia Pacific

Pej. Daerah Tanah Sepang

Taman Bunga Raya

Medan 120

Xiamen Univercity Malaysia Campus