Status Terkini Pemulihan Kawasan Aduan Air Berbau

6 OKTOBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan rekod aduan sehingga jam 6:00 petang hari ini, 27 dari 33 kawasan telah pulih dan 6 kawasan masih lagi mengalami masalah air berbau.

 

Sebanyak 37 aduan air berbau diterima sehingga jam 6:00 petang hari ini dan senarai kawasan yang masih terkesan adalah seperti berikut:

 

1. Puchong Prima, Petaling

2. Seri Kembangan, Petaling

3. Saujana Puchong, Petaling

4. Seksyen 3, Bangi, Hulu Langat

5. Salak Tinggi, Sepang

6. Saujana Putra, Kuala Langat

 

Selain pemeriksaan dan pencucian sistem perpaipan di kawasan aduan, pihak kami juga melaksanakan aktiviti  pemeriksaan dan pencucian ke atas kolam-kolam perkhidmatan. Sehingga kini pihak kami telah membuat pemeriksaan dan pencucian ke atas 160 kolam-kolam perkhidmatan.

 

Aktiviti pemeriksaan serta pencucian kolam dan sistem agihan ini masih diteruskan dan Air Selangor mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi memastikan semua kawasan yang terkesan dengan kes air berbau pulih sepenuhnya.

 

Kerjasama pelanggan amatlah dihargai dan sila hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 sekiranya masih lagi mengalami bekalan air berbau.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami akan terus memberikan makluman dan status terkini dari semasa ke semasa.