Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Mencapai Tahap 96%

SIARAN MEDIA
2 NOVEMBER 2019

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di kawasan Hulu Langat dan Kuala Lumpur yang terjejas ekoran kerosakan peralatan ‘Bandscreen’ di LRA Sungai Langat.

Berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 6:00pagi Sabtu, 2 November 2019, peratusan pemulihan keseluruhan berdasarkan jumlah akaun berdaftar di wilayah Hulu Langat dan Kuala Lumpur telah mencapai tahap 96%. 

Pihak kami mengambil segala usaha bagi mempercepatkan pemulihan bekalan di kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya. Bantuan lori-lori tangki air  dan  3 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan terus beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat dan status terkini pemulihan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk bantuan.