Status Terkini Pemulihan Bekalan Air Mencapai Tahap 81%

29 SEPTEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan sehingga jam 6.00 petang, Ahad 29 September 2019, peratusan pemulihan bekalan air berdasarkan jumlah akaun terjejas telah mencapai tahap  81%.

 

Status pemulihan berdasarkan wilayah adalah seperti berikut:

 

Wilayah

Jumlah akaun terjejas

% Pemulihan berdasarkan akaun

 

Sasaran pemulihan sepenuhnya

 

 

Petaling

 

132,953

72%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

 

Hulu Langat

 

114,018

96%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

 

Kuala Langat

 

49,180

61%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

 

Sepang

 

75,880

85%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

JUMLAH

372,031

81%

 

 

Bantuan lori-lori tangki air terus digerakkan dan 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan terus beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

 

Pihak kami sedang berusaha meningkatkan tekanan dan aliran di sistem agihan dan mempercepatkan proses pemulihan.

 

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat  dan status terkini dan hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk bantuan.