STATUS TERKINI: PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING

19 MAC 2020, 7:00 pagi

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di Wilayah Petaling pada jam 7:00 pagi ini telah mencapai tahap 80%. 

2 kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya ialah Saujana Damansara dan Damansara Damai. 2 kawasan ini berada di penghujung sistem bekalan air dan kawasan tinggi. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12.00 tengahari, hari ini. Segala usaha sedang dilaksanakan bagi menstabilkan sistem agihan bekalan air dan memastikan para pelanggan mendapat bekalan air terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas. 

Sementara bekalan air pulih sepenuhnya, bantuan kecemasan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas. 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Pelanggan yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.    

- TAMAT –