STATUS TERKINI: PEMULIHAN BEKALAN AIR DI KAWASAN AMPANG MENCAPAI 95.3%

9 Februari 2020

7:00 Pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa status pemulihan bekalan air di kawasan Ampang sehingga jam 7:00 pagi hari ini telah mencapai tahap 95.3 peratus (%). 

 

3 kawasan yang berada di penghujung sistem bekalan air dan masih dalam proses pemulihan sepenuhnya adalah Kampung Ampang Campuran, Kampung/Taman Tasek Tambahan dan Taman Sri Bayu Ampang.

 

Air Selangor memohon kerjasama daripada para pelanggan yang telah mula menerima bekalan air di kawasan tersebut untuk menggunakan air secara berhemat. Penggunaan air secara maksimum pada ketika ini oleh pelanggan yang telah menerima bekalan air akan melambatkan lagi proses pemulihan ini bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

 

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dengan tumpuan ke 3 lokasi yang masih belum pulih. Para pelanggan juga digalakkan untuk terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

 

Pihak Air Selangor amat memahami kesukaran yang sedang dihadapi oleh para pelanggan yang terjejas dengan gangguan bekalan air ini. Kerjasama dan tindakan baik para pelanggan terhadap warga kerja Air Selangor yang bertugas dalam misi bantuan ini amat kami hargai.