STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI HULU SELANGOR

SIARAN MEDIA
29 MEI 2020 6:00 Petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di Wilayah Hulu Selangor ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sg. Selisek.

 

Sehingga jam 6.00 petang hari ini, lima kawasan iaitu Kg. Sg. Nilam/ Kg. Seri Pagi,  Rumah Murah PKT 2 Sg Selisek, Kg. Serigala, Kg. Sekolah/ Kuarters Klinik dan Kg. Bahom telah mula menerima bekalan air secara berperingkat. Manakala, tiga lagi kawasan iaitu Kg. Lalang,  Kg. Orang Asli dan  Kg. Gesir Tengah masih belum menerima bekalan air. 

 

Pemulihan bekalan air sepenuhnya ke kawasan-kawasan terlibat ini dijangkakan pada jam 12:30 tengah malam ini (30 Mei 2020).

 

Bagi pelanggan yang telah menerima bekalan air disarankan menggunakan bekalan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan bekalan air berjalan lancar.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Bantuan lori-lori tangki akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor juga menasihatkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor menerusi telefon bimbit untuk mengetahui perkembangan bekalan air semasa.