STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI BANDAR BUKIT PUCHONG

4 MEI 2020

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di Bandar Bukit Puchong.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna di kawasan Bandar Bukit Puchong 1 hingga 9 di Wilayah Petaling, dan Bandar Bukit Puchong 10 hingga 17 di Wilayah Sepang. Pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah malam ini, kecuali di Apartment Baiduri Court.

 

Kerja pembaikan bagi paip sambungan ke Apartment Baiduri Court masih giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 6:00 pagi, 5 Mei 2020. Air Selangor telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan bekalan air secara alternatif melalui lori tangki terus ke tangki sedut Apartment Baiduri Court dan seterusnya dapat diagihkan kepada pengguna.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status terkini kepada para pengguna dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Bantuan lori-lori tangki akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor juga menasihatkan pengguna untuk memuat turun aplikasi Air Selangor menerusi telefon bimbit untuk mengetahui perkembangan bekalan air semasa.

 

- TAMAT –

 

________________________________________________

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) would like to inform on the latest status of the unscheduled water supply interruption in Bandar Bukit Puchong.

 

As at 6:00pm today, water supply has begun to be distributed to customers in Bandar Bukit Puchong 1 to 9 in Petaling Region, and Bandar Bukit Puchong 10 to 17 in Sepang Region. The water supply restoration will be in stages and is expected to be fully completed by 12:00 midnight, except in Baiduri Court Apartment.

 

The repair works for the extension pipe to the Baiduri Court Apartment is still underway and is expected to be completed by 6:00 am, on 5 May 2020. Air Selangor has taken the initiative to provide an alternative water supply, from the water tankers directly to the Baiduri Court Apartment's suction tank, which then will be distributed to the consumers.

 

Air Selangor will continue updating latest information from time to time through mass media and all Air Selangor communication mediums including Twitter, Facebook, Instagram and website at www.airselangor.com.

 

Relief water supply via tankers will continue to be mobilised to areas still affected until water supply is fully restored.

 

Air Selangor encourages customers to download the Air Selangor smartphone app on Google Play or the Apps Store for water supply information.

 

- END -