Status Terkini Pemulihan Bekalan

29 SEPTEMBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih  disebabkan pencemaran bau di sumber air mentah.

 

Berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga jam 12:00 tengahari, Ahad 29 September 2019, bekalan air kepada 47% dari 372,031 akaun pelanggan yang terjejas telah pulih.

 

Bantuan lori-lori tangki air terus di gerakkan dan 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih sepenuhnya (sila rujuk senarai dan lokasi PKS pada hebahan terdahlu).

 

Air Selangor mengambil segala langkah dan tindakan perlu bagi mempercepatkan proses pemulihan serta menyalurkan bantuan kepada pelanggan-pelanggan yang terjejas.

 

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat  dan status terkini atau hubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan.