STATUS TERKINI PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KUALA LUMPUR

25 OGOS 2020 4:00 petang

 

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan bagi paip pecah berhampiran Pudu Ulu Baru, Jalan Semerah Padi Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 10:00 pagi, hari ini.

 

Bekalan air telah mula disalurkan kepada pengguna selepas kerja-kerja ini siap dilaksanakan. Sehingga jam 3:00 petang, pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas telah mencapai tahap 55%.

 

Air Selangor masih dalam proses menstabilkan agihan bekalan air dan menjangkakan pemulihan sepenuhnya kawasan-kawasan terlibat pada jam 10.00 pagi esok, 26 Ogos 2020.

 

Bantuan air melalui lori-lori tangki terus digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat bagi membantu para pengguna yang terjejas. Hubungi talian 15300 untuk mendapatkan bantuan bekalan air.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.  

 

 

- TAMAT –