STATUS TERKINI PELAN PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, HULU LANGAT, SEPANG, PUTRAJAYA DAN KUALA LANGAT

6 Oktober 2020, 10:00 Malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pelan pemulihan bekalan air yang kini sedang dilaksanakan berikutan gangguan bekalan air tidak berjadual di 274 kawasan melibatkan Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat. Bekalan air bersih dari Kolam Imbangan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih ini telah lulus ujian kualiti dan pematuhan berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 7:00 malam tadi dan telah disalurkan ke sistem agihan bekalan air pada jam 7.30 malam.

Seperti yang telah dimaklumkan petang tadi, pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama. Pengguna di kawasan kumpulan pertama  akan mula mendapat bekalan air seawal jam 12.00 tengah malam ini, 7 Oktober 2020. Air Selangor menganggarkan keseluruhan kumpulan pertama yang merangkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6.00 petang, 7 Oktober 2020. Senarai kawasan dan jadual pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor.

Pengguna disarankan untuk membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian. Air Selangor berharap para pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan. 

Bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan berita yang sahih menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com.

 

-TAMAT-

Related posts

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …

default
Air Selangor Celebrates Three Charity Homes in Conjunction with Chr...
Press

21 December 2023 Kuala Lumpur – In sharing the joy of Christmas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) under …