STATUS TERKINI: OPERASI PENSTABILAN LRA SUNGAI SEMENYIH GIAT DILAKSANAKAN

23 Disember 2019, 7:00 Malam

 

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan status terkini berikutan pengoperasian semula Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih mulai jam 1.00 petang tadi. 

 

Pada masa ini, pihak LRA sedang dalam proses meningkatkan paras kolam-kolam imbangan dan penyaluran ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas dan seterusnya bekalan akan disalurkan kepada premis-premis pengguna terlibat.

 

Oleh kerana, gangguan bekalan air tidak berjadual ini berskala besar, maka tempoh pemulihan bekalan air kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan.

 

Pengguna-pengguna yang berada di kawasan berdekatan dengan sistem agihan akan menerima bekalan air mulai tengah malam ini secara berperingkat. Air Selangor menjangkakan bekalan air akan kembali pulih sepenuhnya di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang serta sebahagian kawasan Putrajaya dalam tempoh anggaran 72 jam.

 

Dalam perkembangan lain, LRA Bukit Tampoi masih belum mula beroperasi semula kerana paras pencemaran bau masih dikesan di muka sauk.

 

Sementara bekalan air pulih sepenuhnya, bantuan kecemasan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas. Sementara itu, 11 buah Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih meneruskan operasinya 24 jam termasuk penambahan 4 lagi lokasi pili awam yang menjadikan keseluruhannya 18 lokasi pili awam seperti di Lampiran. Bekalan air melalui botol air minum berkapasiti 5 liter turut giat diedarkan kepada pengguna-pengguna terlibat.

 

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

Pihak Air Selangor sentiasa mengemaskini maklumat dari masa ke semasa untuk kemudahan pengguna.

 

 

Pada masa ini talian bebas tol 15300 dan laman sesawang Air Selangor turut mengalami kesesakan trafik dan panggilan masuk yang tinggi. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menghubungi kami menerusi WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 untuk bantuan.

 

 

Lampiran: Senarai Pili Awam

 

PETALING

  1. Parking Masjid Puchong Perdana - Koordinat GPS: 3.010279,101.608306
  1. USJ3A/1 - Koordinat GPS: 3.059964,101.578238
  1. Depoh Tunda MPSJ, TP2 – Koordinat GPS: 3.045194,101.566097
  1. Komplek 3K, SS13 - Koordinat GPS: 3.070589,101.593331
  1. Persiaran Teknologi Subang, USJ Height - Koordinat GPS: 3.062457,101.567014
  1. Jln Bandar 1, Pusat Bandar Puchong - Koordinat GPS: 3.038031,101.617942
  1. Kolam Menara Lake Edge, Puchong Jaya - Koordinat GPS: 3.039833,101.611820
  1. Stesen LRT Puchong Perdana - Koordinat GPS: 3.007951,101.605052

 

HULU LANGAT

  1. Jalan 4/12 Sek 4 Tambahan Bandar Baru Bangi –

Koordinat GPS: 2.965323,101.779141

  1. Jalan 1/1 Sek 1 Bandar Bandar Baru Bangi –

Koordinat GPS: 2.942355,101.767339

  1. PKS Sek 4 Bandar Baru Bangi –

Koordinat GPS: 2.955402,101.776238

 

KUALA LANGAT

  1. Di hadapan Tangki Air Bandar Sungai Emas, Jalan Emas 15, Bandar Sungai Emas - Koordinat GPS: 2.822118,101.533448
  1. Di hadapan Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Banting -
    Koordinat GPS: 2.865313,101.457257
  1. Jalan Gangsa, Kawasan Perindustrian Teluk Panglima Garang -
    Koordinat GPS: 2.920669,101.473844
  1. Jalan Pipit, Batu 9 Kebun Bharu - Koordinat GPS: 2.931425,101.509187

 

SEPANG

  1. Pekan Salak – Koordinat GPS: 101°41'20.671"E, 2°51'28.43"N
  1. Pasar Pekan Dengkil – Koordinat GPS: 2°51'19"N   101°40'50"E
  1. Taman gemilang – Koordinat GPS: 101°41'20.67"E, 2°51'28.43"N