STATUS TERKINI KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI KAWASAN TANAH MENDAP YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT (22 JULAI 2020 9:00 Pagi)

22 JULAI 2020 9:00 Pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang masih giat dijalankan dan sehingga jam 8.00 pagi ini telah mencapai tahap 92%. Berikutan kerja-kerja pembaikan paip yang menyalurkan bekalan air ke kawasan Johan Setia telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan, Air Selangor telah mula menyalurkan bekalan air ke kawasan Johan Setia pada jam 8.00 pagi ini dan pemulihan dijangka secara berperingkat-peringkat.

 

Dalam pada itu, kerja-kerja bagi pembaikan paip bocor yang menyalurkan air ke kawasan Pandamaran juga telah siap dilaksanakan lebih awal iaitu pada jam 4.00 pagi hari ini dan bekalan air di seluruh kawasan Pandamaran telah pulih sepenuhnya.

 

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Klang dan Kuala Langat masih lagi digerakkan bagi membantu pengguna. Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.      

   

 

- TAMAT –