KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI WILAYAH KLANG SIAP SEPENUHNYA

22 JULAI 2020 4:00 Petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang telah siap dilaksanakan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 4.00 petang, hari ini.

 

Bekalan air telah mula disalurkan ke dua (2) kawasan di Wilayah Klang dan lapan (8) kawasan di Wilayah Kuala  Langat  dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi esok, 23 Julai 2020.

 

Bagi kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas. Para pengguna disarankan menggunakan air secara berhemat.

 

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –