STATUS TERKINI KERJA-KERJA PEMBAIKAN PAIP PECAH DI KAWASAN TANAH MENDAP YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT (21 Julai 2020 11:00 Malam)

21 JULAI 2020 11:00 Malam

 

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang masih giat dijalankan dan sehingga jam 10.00 malam ini telah mencapai tahap 71%.

 

Dalam pada itu, Air Selangor telah mengesan satu lagi kebocoran pada lokasi yang sama akibat mendapan tanah semalam, bagi jajaran paip yang menyalurkan bekalan air ke kawasan Pandamaran. Justeru itu, keseluruhan kawasan Pandamaran dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10.00 malam hari ini. Kerja-kerja pembaikan kebocoran ini sedang dijalankan dan dijangka akan siap pada 6:00 pagi esok, 22 Julai 2020. Pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan Pandamaran dijangka pada jam 10:00 pagi esok, 22 Julai 2020.

 

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Klang dan Kuala Langat telah digerakkan bagi membantu pengguna. Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.      

 

- TAMAT –