STATUS TERKINI KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH SISTEM RUMAH PAM TAMAN MELAWATI YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK (27 JULAI 2020, 7AM))

27 JULAI 2020, 7:00 PAGI

 

Kuala Lumpur –  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja membaik pulih sistem rumah pam Taman Melawati telah siap dilaksanakan pada jam 1:00 pagi, 27 Julai 2020.

 

Bekalan air telah mula disalurkan ke 16 kawasan di Wilayah Gombak yang terjejas dan pemulihan adalah secara berperingkat-peringkat dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang, 27 Julai 2020 . Segala usaha sedang diambil oleh Air Selangor bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan serta meminimakan impak gangguan kepada para pelanggan.

 

Bantuan bekalan air menerusi lori tangki terus digerakkan ke kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bekalan air. Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air ini dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.