STATUS TERKINI KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH SISTEM RUMAH PAM TAMAN MELAWATI YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK

26 JULAI 2020, 7:00 MALAM

 

Kuala Lumpur –  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di Rumah Pam Taman Melawati telah siap sepenuhnya.

 

Walau bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih sistem elektrikal dan mekanikal sedang giat dijalankan dan dijangka akan siap pada jam 12.00 tengah malam, 27 Julai 2020. Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna selepas sistem rumah pam tersebut diuji dan selamat untuk dioperasikan.

 

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pengguna termasuk menghantar bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan kawasan yang terjejas. Berikutan situasi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini, Air Selangor memohon kerjasama para pengguna yang mengambil bekalan air daripada lori tangki Air Selangor untuk mengekalkan jarak sosial iaitu satu meter antara satu sama lain dan memakai pelitup muka seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini.

 

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja membaik pulih dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.