Status Terkini Hanya 2 Kawasan Merekodkan Aduan Air Berbau

8 OKTOBER 2019

 

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, 31 kawasan yang merekodkan aduan air berbau telah pulih.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, hanya 2 kawasan iaitu Seri Kembangan dan Saujana Puchong yang masih belum pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor mempertingkatkan usaha dan aktiviti pencucian sistem perpaipan di kedua-dua kawasan tersebut bagi mempercepatkan proses pemulihan.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 untuk bantuan.