STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT

11 Jun 2020 6:00 Petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan berhampiran Restoran KFC, Jalan Langat telah siap dilaksanakan pada jam 1:30 petang hari ini.

 

Sehingga jam 6:00 petang hari ini, kawasan terlibat di Wilayah Klang, iaitu Bandar Bistari dan Batu 5 & 6, Jalan Langat telah mula menerima bekalan air. Bagi Wilayah Kuala Langat pula, kawasan Eco Santuary dan Tropicana Aman telah menerima bekalan air, manakala kawasan-kawasan lain masih dalam proses pemulihan. Air Selangor menjangkakan pemulihan sepenuhnya bekalan air ke kawasan-kawasan tersebut adalah pada jam 2:00 pagi esok, 12 Jun 2020.

 

Bantuan air melalui lori-lori tangki terus giat digerakkan ke kawasan-kawasan yang masih belum menerima bekalan air.

 

Air Selangor akan terus memaklumkan status bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media massa dan semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, Aplikasi Air Selangor dan laman sesawang rasmi di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –