Status Terkini Gangguan Bekalan Air di Kawasan Ampang pada 8 Februari 2020, 7am

8 Februari 2020
7:00 pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah kawasan yang terjejas sehingga jam 7:00 pagi ini telah mencapai tahap 84.4% di mana 54 kawasan telah pulih.

 

Manakala, 10 kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya disebabkan oleh kedudukan premis yang berada di penghujung kawasan agihan dan di kawasan tinggi.

 

Air Selangor ini memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas. Senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti di Lampiran A.

 

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dan para pelanggan juga boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

 

Lampiran A – Kawasan Masih Dalam Proses Pemulihan

 

Bukit Antarabangsa

Tmn Fairuza Ampang

Kg Ampang Campuran

Tmn Permai Jaya Ampang

Kg Ampang Indah

Tmn Sri Baru Ampang

Kg Tasik Permai

Tmn Sri Bayu Ampang

Kg/Tmn Tasek Tambahan

Puncak Bukit Utama