STATUS TERKINI GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN AMPANG

7 Februari 2020

8:00 malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di kawasan Ampang sehingga jam 8.00 malam ini.

 

Sehingga siaran ini dikeluarkan, bekalan air yang terjejas berikutan paip pecah pada sistem paip di Rumah Pam Hulu Klang telahpun merekodkan 61.9% pemulihan iaitu 27 daripada 57 kawasan yang terjejas.  Senarai kawasan yang masih dalam proses pemulihan adalah seperti di lampiran A.

 

Paras air di Kolam Madonna juga telah merekodkan peningkatan ke paras 1.3 meter.

 

Air Selangor sedang melakukan segala usaha bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar dan para pelanggan yang terjejas mendapat bekalan air dengan segera.

 

Pada masa ini, 6 kawasan yang telah menerima bekalan air sejak petang tadi sedang mengalami tekanan rendah berikutan permintaan yang tinggi daripada para pengguna. Justeru itu, Air Selangor  memohon kerjasama para pengguna untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

 

Bagi mengurangkan bebanan para pengguna, bantuan bekalan air menerusi 25 buah lori tangki terus digerakkan bagi memberi bantuan ke kawasan-kawasan yang terjejas. Para pengguna juga boleh terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS)  di lokasi AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.

 

- TAMAT –

 

 

 

 

Lampiran A

 

1) Kawasan Masih Dalam Proses Pemulihan

 

AEON Big Ampang

Kg Tasik Permai

Tmn Permai Jaya Ampang

Ampang Waterfront

Kg/Tmn Tasek Tambahan

Tmn Sering Ukay

Aparment Mesra Prima

Tinjani Ukay

Tmn Sri Ampang

Aparment Mesra Ria

Tmn Beverly Height

Tmn Sri Baru Ampang

Apartment Mesra Villa

Tmn Bukit Ampang

Tmn Sri Bayu Ampang

Bandar Baru Ampang

Tmn Bukit Jubina

Tmn Sri Merdeka

Kg Ampang Campuran

Tmn Bukit Mulia

Tmn Ukay Seraya

Kg Ampang Indah

Tmn Dagang Permai

Tmn Ukay Tropika

Kg Indah Permai

Tmn Fairuza Ampang

Tmn Watan

Kg Muhibah Ampang

Tmn Halaman Kesuma

 

Kg Sg Sering

Tmn Kelab Ukay

 

 

 

2) Kawasan Tekanan Air Rendah

 

Bukit Antarabangsa

Bukit Mewah

Puncak Bukit Utama

Bukit Jaya

Bukit Utama

Wangsa Ukay