STATUS TERKINI: BEKALAN AIR PULIH

SIARAN MEDIA

26 Disember 2019, 7:00 Pagi

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, bekalan air di kesemua kawasan yang terjejas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih telah pulih sepenuhnya sejak malam tadi.

 

Kerjasama pengguna di sepanjang krisis gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai dan kami mohon maaf atas segala kesulitan.

 

Sila layari laman sesawang kami di www.airselangor.com atau terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor untuk info bekalan air atau hubungi kami di talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.