STATUS TERKINI: BEKALAN AIR HAMPIR PULIH KESELURUHANNYA

SIARAN MEDIA

25 Disember 2019, 7:00 Malam

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air mengikut jumlah akaun berdaftar yang terjejas sehingga jam 7:00 malam ini telah mencapai tahap 99.9%.

 

Kesemua 3 wilayah iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya telah pulih 100% manakala Wilayah Petaling telah mencapai pemulihan 99.8%.

 

Kawasan yang masih belum pulih ialah di beberapa jalan kawasan tinggi di Bukit Serdang dan Desaminium.

 

Berikutan sebahagian besar kawasan telah menerima bekalan air, kebanyakan Pusat Khidmat Setempat dan pili-pili awam telah ditutup sejak jam 12 tengah hari ini. Manakala jumlah lori tangki di kawasan yang telah pulih juga turut dikurangkan dan bantuan ke  kawasan yang belum pulih masih diteruskan.

 

Bagi pengguna yang masih berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk bantuan.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang kami di www.airselangor.com atau terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor.