STATUS TERKINI: BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, SEPANG, HULU LANGAT DAN KUALA LANGAT HAMPIR PULIH SEPENUHNYA

SIARAN MEDIA

25 Disember 2019, 7:00 Pagi

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan berdasarkan kepada bacaan semasa di sistem agihan sehingga jam 6:00 pagi ini, bekalan air di semua kawasan terjejas hampir pulih sepenuhnya dengan peratusan pemulihan mencapai tahap 98.4%.

 

Peratus pemulihan akaun pengguna mengikut wilayah  adalah seperti berikut;

 

Wilayah

Peratus Pemulihan Mengikut Akaun Pengguna (%)

Petaling

97.3%

Sepang dan Putrajaya

99.1%

Hulu Langat

98.8%

Kuala Langat

100%

Jumlah Peratusan Pemulihan Keseluruhan

98.4%

 

Walaupun bekalan air  semakin pulih, di hampir semua kawasan, air selangor masih menggerakkan bantuan kecemasan seperti lori tangki, PKS dan pili pili awam sehingga keseluruhan kawasan pulih sepenuhnya.

 

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com. Pihak Air Selangor sentiasa mengemaskini maklumat dari masa ke semasa untuk kemudahan pengguna.