STATUS TERKINI: BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG PULIH SEPENUHNYA

11 Januari 2020

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, status terkini gangguan bekalan air sementara di Wilayah Klang dan Kuala Selangor ekoran gangguan bekalan kuasa oleh Tenaga Nasional Berhad (“TNB”) yang telah berlaku di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1, 2 dan 3 pada 11 Januari 2020.

 

Pada jam 7:00 pagi hari ini,  pemantauan pada sistem agihan mendapati bekalan air di Wilayah Klang telah pulih sepenuhnya manakala satu kawasan di Wilayah Kuala Selangor iaitu seluruh Bukit Kerayong masih dalam proses pemulihan disebabkan oleh kedudukan  di penghujung kawasan agihan. Kawasan ini dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3.00 petang hari ini.

 

Pihak Air Selangor sedang melakukan segala usaha bagi mempercepatkan proses pemulihan di  kawasan yang masih belum pulih sepenuhnya. 

 

Pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor atau platform media sosial Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.