Status Terkini Bekalan Air di Kawasan Ampang

8 Februari 2020

6:00 Petang

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa status pemulihan bekalan air di kawasan Ampang sehingga jam 7:00 petang hari ini masih pada tahap 87.5 peratus (%). 

 

Walau bagaimanapun, bekalan air telah mula memasuki sistem agihan di penghujung kawasan dan lokasi tinggi pada jam 6.00 petang ini.

 

Air Selangor memohon kerjasama daripada para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat terutama pada waktu puncak bagi memastikan proses pemulihan ini berjalan lancar bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas.

 

Sehingga kini bantuan bekalan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan dengan tumpuan ke 8 lokasi yang masih belum pulih. Para pelanggan juga digalakkan untuk terus ke Pusat Khidmat Setempat (PKS) bertempat di AEON Big Ampang, Taman Dagang Permai, 68000 Ampang (Koordinat GPS: 3.141065, 101.779456) dan Pili Awam Lembah Jaya untuk mendapatkan bantuan atau boleh juga hubungi talian 15300.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk twitter, facebook, instagram, aplikasi telefon pintar Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.