STATUS TERKINI: BEKALAN AIR DI DAMANSARA DAMAI DAN SAUJANA DAMANSARA PULIH SEPENUHNYA

20 Mac 2020, 7.00 Pagi

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan di sistem agihan sehingga jam 7:00 pagi hari ini, mendapati bekalan air di Damansara Damai dan Saujana Damansara telah pulih sepenuhnya.

 

Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para pelanggan yang telah memberikan kerjasama sangat baik kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas semasa misi bantuan dan berharap agar para pelanggan menggunakan air secara berhemat.

 

Para pelanggan adalah digalakkan untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info bekalan air. Pelanggan juga boleh rujuk Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk pertanyaan dan bantuan.

 

-Tamat-