STATUS TERKINI: BEKALAN AIR DI AMPANG PULIH SEPENUHNYA

9 Februari 2020

1:00 Tengah hari

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan di sistem agihan sehingga jam 1:00 tengah hari mendapati bekalan air di kawasan Ampang telah pulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, Air Selangor mengalakkan para pelanggan di kawasan Ampang menggunakan air secara berhemat pada ketika ini.

 

Air Selangor amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh para pelanggan yang terkesan sepanjang tempoh gangguan. Kesabaran dan kerjasama yang baik para pelanggan kepada semua warga kerja Air Selangor yang bertugas semasa misi bantuan amatlah dihargai.

 

Air Selangor mengalakkan para pelanggan untuk muat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau AppsStore untuk info bekalan air atau hubungi kami di talian 15300 untuk pertanyaan dan bantuan.