STATUS TERKINI: BEKALAN AIR DI 3 WILAYAH TELAH PULIH SEPENUHNYA, PETALING 99.8%

SIARAN MEDIA

25 Disember 2019, 1:00 Tengah Hari

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan bacaan tekanan di sistem agihan, pemulihan bekalan air berdasarkan jumlah akaun berdaftar yang terjejas sehingga jam 12:00 tengah hari, hari ini telah mencapai tahap 99.9%.

 

Kesemua 3 kawasan iaitu Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Putrajaya telah pulih 100% manakala Wilayah Petaling telah mencapai pemulihan 99.8.%

 

Berikutan sebahagian besar kawasan telah menerima bekalan air, beberapa Pusat Khidmat Setempat dan pili-pili awam telah ditutup mulai jam 12 tengah hari ini. Manakala jumlah lori tangki di kawasan yang telah pulih juga turut dikurangkan dan sebahagiannya dihantar ke  kawasan yang masih memerlukan bantuan.

 

Pihak kami menjangkakan bekalan air di kawasan terjejas akan pulih sepenuhnya menjelang malam ini atau selewat-lewatnya sebelum tengah malam ini.

 

Bagi pengguna yang masih berhadapan dengan gangguan bekalan air boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk bantuan.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman sesawang kami di www.airselangor.com atau terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor.

 

Pihak Air Selangor ingin mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pengguna terjejas yang memberi kerjasama baik kepada pihak Air Selangor sepanjang mengharungi krisis bekalan air terputus ini.

 

Kami juga memohon kerjasama orang ramai untuk sama-sama menjaga sumber air mentah kita daripada dicemari dan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran sungai.