Status Terkini Aduan Air Berbau: Hanya Satu Kawasan Belum Pulih Sepenuhnya

9 OKTOBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, sehingga jam 6:00 petang hari ini, 32 dari 33 kawasan yang terkesan dengan aduan air berbau telah pulih.

 

Hanya kawasan Seri Kembangan yang masih belum pulih sepenuhnya dan segala usaha diambil bagi mempercepatkan pemulihan.

 

Air Selangor mempertingkatkan usaha bagi memulihkan kesemua kawasan yang terkesan dengan  melaksanakan aktiviti pemeriksaan dan pencucian ke atas  kolam dan sistem agihan secara berterusan.

 

Pihak kami mohon maaf atas segala kesulitan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

 

Sila hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793 untuk sebarang bantuan.