Status Terkini Aduan Air Berbau

3 OKTOBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini  aduan air berbau.

 

Sehingga jam 6:00 petang, 3 Oktober 2019, pihak kami merekodkan jumlah aduan terkumpul sebanyak 1,046 kes dengan penambahan 94 kes aduan  semenjak jam 10:00 pagi tadi. Siasatan telah dijalankan terhadap kesemua aduan yang diterima.

 

Berdasarkan hasil ujian pensampelan kualiti air, bekalan air disahkan selamat digunakan serta mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Sehingga kini pihak kami  telah melaksanakan pemeriksaan dan pencucian  terhadap 14 kolam-kolam perkhidmatan dan  sistem agihan di 28 kawasan.

 

Pemeriksaan dan pencucian ke atas kolam-kolam perkhidmatan dan  sistem-sistem agihan  secara berterusan akan dijalankan sehingga tiada lagi aduan air berbau dikesan.

 

Hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke nombor 019-2800919/019-2816793 bagi mengajukan aduan  bekalan air berbau.

 

Mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami mengambil segala tindakan perlu bagi mengatasi masalah ini.