STATUS TERKINI 6:00 PETANG: PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING

19 MAC 2020, 6.00 petang

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di Wilayah Petaling sehingga jam 6.00 petang hari ini.

Bekalan air di dua Kawasan iaitu Saujana Damansara dan Damansara Damai masih dalam peringkat pemulihan dan dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang pukul 12.00 tengah malam ini. Proses pemulihan bagi dua kawasan ini melibatkan sejumlah 11,040 akaun pengguna.

Air Selangor telah mengenal pasti terdapat gangguan teknikal di paip yang mengagihkan air ke kawasan tersebut yang menyebabkan kelewatan proses pemulihan walaupun jangkaan awal seperti yang dimaklumkan sebelum ini ialah pada jam 12.00 tengahari tadi. Namun pihak Air selangor telah berjaya mengatasi masalah tersebut dan pada masa ini segala usaha sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Air Selangor juga ingin memohon maaf kepada para pelanggan kerana tidak dapat mengeluarkan status terkini pada pukul 12 tengahari tadi berikutan gangguan teknikal di paip yang mengagihkan air ke kawasan tersebut belum dapat dikenalpasti pada masa itu.

Sementara bekalan pulih bantuan air menerusi lori-lori tangki terus digerakkan di kawasan terjejas.

Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Pihak Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan gangguan ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Pelanggan yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan ini boleh terus rujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.    

- TAMAT –