STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH PETALING, KLANG/SHAH ALAM, KUALA SELANGOR, HULU SELANGOR, GOMBAK, KUALA LANGAT DAN KUALA LUMPUR (6 September 2020, 7:00 malam)

6 September 2020, 7:00 malam

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang pada 3 September 2020.

 

Sehingga jam 6:30 petang ini, sebanyak 811 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 481 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan. Secara keseluruhan, 62.7% daripada  1,292 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah pulih sepenuhnya. Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :

 

Wilayah

Pemulihan Kawasan (%)

Petaling

66.1%

Klang/Shah Alam

24.2%

Gombak

66.4%

Kuala Lumpur

41.3%

Hulu Selangor

94.1%

Kuala Langat

50%

Kuala Selangor

99.2%

 

Dalam pada itu, Air Selangor ingin menafikan mesej viral melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial mengenai bekalan air akan ditutup semula dan catuan akan dilakukan, serta isu kualiti air yang tidak selamat di premis, yang perlu dibiarkan selama sehari sebelum boleh digunakan.

 

Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor.

 

Air Selangor juga memberi jaminan bahawa kualiti bekalan air yang diagihkan kepada pengguna adalah selamat dan menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Para pengguna dinasihatkan untuk merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi sosial media Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang kami di www.airselangor.com untuk mendapatkan maklumat sahih berhubung info terkini bekalan air. Pihak kami mohon kerjasama pengguna untuk tidak menyebarkan mesej tidak sahih tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna lain.                

 

– TAMAT –

 

Peta kawasan yang telah pulih & kawasan yang masih terjejas

Lampiran 1

 

Related posts

default
Air Selangor Shares 2023 Achievements, To Intensify Sustainability-...
Media

Published on 22 February 2024   Kuala Lumpur – In realising its 2030 vision to become the leading water services …

default
Air Selangor Shares Joy with Senior Citizens and Underprivileged Ch...
Media

Published on 9 February 2024   Kuala Lumpur – In conjunction with the Chinese New Year celebration this Saturday, Pengurusan …

default
Air Selangor Celebrates Three Charity Homes in Conjunction with Chr...
Press

21 December 2023 Kuala Lumpur – In sharing the joy of Christmas, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) under …