STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR DI WILAYAH KLANG DAN KUALA LANGAT BERIKUTAN PAIP PECAH DI KAWASAN TANAH MENDAP

22 JULAI 2020 10:00 Malam

 

Kuala Lumpur - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 10 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Wilayah Klang dan Kuala Langat ekoran paip pecah di kawasan tanah mendap.

 

Sehingga jam 9.00 malam ini, pemulihan bekalan air di wilayah Klang telah mencapai tahap 100%. Manakala, pemulihan 8 kawasan di Wilayah Kuala Langat masih lagi secara berperingkat-peringkat. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti berikut:

 

Wilayah Kuala Langat

 

1.         Seluruh Kawasan Sijangkang & Kampung Medan

2.         Jalan Sijangkang Utama

3.         Eco Sanctuary

4.         Batu 9 Kebun Baru

5.         Taman Perwira

6.         Taman Seri Medan

7.         Taman Sijangkang Jaya

8.         Tropicana Aman

 

Air Selangor menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi esok, 23 Julai 2020.

 

Bagi kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas. Para pengguna disarankan menggunakan air secara berhemat.

 

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang kami di www.airselangor.com.     

 

- TAMAT –