STATUS PEMULIHAN BEKALAN AIR BERIKUTAN KERJA-KERJA MEMBAIK PULIH SISTEM RUMAH PAM TAMAN MELAWATI YANG MENYEBABKAN GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL DI WILAYAH GOMBAK

27 JULAI 2020, 1:00 PETANG

 

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan status terkini pemulihan bekalan air di 16 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan Wilayah Gombak ekoran kejadian paip pecah di Rumah Pam Melawati.

 

Sehingga jam 1:00 petang ini, pemulihan bekalan air telah mencapai tahap 69%. Senarai kawasan yang masih belum pulih adalah seperti berikut:

 

1. Saujana Melawati

2. Sunway Kayangan

3. Sunway Melawati

4. Ukay Prima

5. 203 Melawati

 

Air Selangor menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 petang hari ini, 27 Julai 2020.

 

Bagi kawasan-kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori-lori tangki masih terus digerakkan bagi membantu para pengguna yang terjejas. Para pengguna disarankan menggunakan air secara berhemat.

 

Pihak Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air ini dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram Air Selangor, aplikasi telefon pintar Air Selangor atau layari laman sesawang kami di www.airselangor.com.