Status Pemulihan Bekalan Air: Bekalan Air di Wilayah Hulu Langat Pulih Sepenuhnya

30 SEPTEMBER 2019

 

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bekalan air di Wilayah Hulu Langat telah pulih sepenuhnya dan peratusan pemulihan bekalan air berdasarkan jumlah kesemua akaun yang terjejas telah mencapai tahap 99% sehingga jam 6.00 pagi, Isnin 30 September 2019.

 

Wilayah Petaling, Kuala Langat dan Sepang masih lagi dalam proses pemulihan dengan peratusan pemulihan seperti berikut :

 

Wilayah

Jumlah akaun terjejas

% Pemulihan berdasarkan akaun

 

Sasaran pemulihan sepenuhnya

 

 

Petaling

 

132,953

99%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

 

Hulu Langat

 

114,018

100%

Pulih Sepenuhnya

 

Kuala Langat

 

49,180

98%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

 

Sepang

 

75,880

98%

30 September 2019 (Isnin), 6:00 petang

JUMLAH

372,031

99%

 

 

Segala usaha diambil bagi memulihkan bekalan air kepada pelanggan yang terjejas mengikut sasaran.Bantuan lori-lori tangki air masih digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan terus beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.

 

Sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat  dan status terkini. Hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk bantuan.