Semua Kawasan Aduan Air Berbau Pulih

10 OKTOBER 2019

 

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd ("Air Selangor") ingin memaklumkan, berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan serta rekod aduan, semua kawasan aduan air berbau telah pulih.

 

Air Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama pelanggan sepanjang tempoh pemulihan dan mohon maaf atas segala kesulitan.

 

Untuk bantuan perkhidmatan bekalan air, hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-2800919 / 019-2816793.